Sistem e - Harta MBPP

mysoftcare

Sistem e-Harta MBPP

Pengenalan

Sistem ini merangkumi beberapa modul:   

  • Modul Harta
  • Modul Iklan dan Tawaran
  • Modul Permohonan
  • Modul Penyewaan
  • Modul Perundangan
  • Modul Pemeriksaan
  • Modul Aduan dan Penyelenggaraan
  • Modul Laporan
  • Modul E-Surat
  • Modul SMS & E-mail Bersepadu
  • Modul Capaian Online (Pelanggan)
  • Modul Keselamatan (Daftar Pengguna, Akses Sistem, Jejak Audit)

Sistem yang dibangunkan untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ini siap pada tahun 2016.

Sistem ini digunapakai oleh Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta serta jabatan-jabatan lain di bawah MBPP bagi menguruskan proses pengurusan harta dan tanah Majlis.

Sistem e-Harta dapat membantu Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta dari segi pengurusan & pemantauan yang lebih efisien dalam mempertingkatkan keberkesanan tadbir urus harta dan tanah milik Majlis dengan penggunaan sistem aplikasi.

Kelebihan Sistem

  • Mudah dipelajari – e-Harta dan pengguna boleh berinteraksi secara berkesan, sekali gus mencapai prestasi maksimum.
  • Fleksibel – cara yang mudah untuk pengguna dan sistem melakukan pertukaran maklumat.
  • Teguh – Sistem dibangunkan dengan mengambil kira kemungkinan kesilapan penggunaan dan dapat bertindakbalas dengan baik.